Biru menjadi pilihan Akim, Stacy

4:27 AM

KUALA LUMPUR: Memilih warna biru diraja sebagai persalinan untuk majlis resepsi, penyanyi, Akim Ahmad, 25, bakal menggayakan rekaan Taufik Nong pada hari bersejarahnya, Jumaat ini. 


Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad bakal disatukan dengan tunangnya, Stacy, 26, dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat di Sabah. 

Pasangan selebriti kelahiran program Akademi Fantasia itu dijangka melangsungkan majlis pernikahan pada sebelah pagi sebelum solat Jumaat manakala majlis resepsi pula berlangsung di tempat sama pada sebelah malam. 

"Majlis pernikahan dan resepsi yang bakal berlangsung pada Jumaat ini dirancang secara sederhana atas permintaan keluarga. Saya pula memilih rona biru kerana ia adalah warna kegemaran saya. 

"Saya bakal ke Sabah, esok (Rabu), kerana terlebih dulu perlu melunaskan tuntutan kerja sebelum terbang ke sana. Malah, saya dan ibu juga pergi ke Singapura untuk membeli hantaran pada saat akhir. 

"Dalam masa yang sama saya turut melayangkan kad jemputan kahwin pada keluarga yang tinggal di kota Singa," katanya kepada BH Online. 

Terdahulu, pasangan selebriti terbabit mengikat tali pertunangan pada 26 September lalu dalam sebuah majlis yang juga diadakan secara tertutup.


-bharian

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic