Alhamdulillah! Akim Ahmad, Stacy Nikah 5 Februari Ini

6:33 AM

1- Akim Ahmad, Stacy AF Nikah Jumaat Ini - ROTIKAYA

Tahniah kami ucapkan kepada Stacy AF dan juga bakal suaminya yang tercinta, Akim Ahmadyang bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 5 Februari ini (Jumaat) pada sebelah pagi di Kota Kinabalu.

Baca juga: Akim pilih cincin lima permata untuk Stacy


Bercakap kepada Harian Metro, Stacy memberitahu bahawa majlis itu akan diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di bandar raya itu pada jam 10 pagi membabitkan kedua belah keluarga.
“Doakan segalanya berjalan lancar,” katanya yang menjelaskan bahawa majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak saja. Sementara itu, majlis persandingan mereka akan diadakan pada sebelah malam di lokasi sama.
Majlis bersanding di sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 26 Februari ini di Johor Bahru yang turut menjemput peminat. Semoga segala persiapan pasangan ini akan berjalan dengan lancar hendaknya.
-rtky

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic