Korea Utara Hampiri Perang Nuklear. Ini Punca Bekas Panglima Tentera Amerika Jadi CUAK | Saya Luv Islam – Ketegangan konflik Amerika dan Korea Utara semakin memuncak bila mendengar ucapan tahun baru Kim Jong Un yang tegas. Lepas wartawan siasat, “Ini” punca bekas panglima tentera Amerika cuak. Allahu. Jom baca.
BEKAS PANGLIMA AMERIKA RISAU DENGAN PENDEKATAN TRUMP
Perang nuklear di antara Amerika Syarikat dan Korea Utara semakin hampir, kata bekas panglima tentera Amerika semalam, menambah beliau tidak melihat kemungkinan penyelesaian diplomatik.
Bekas Pengerusi Ketua Turus Staf AS, Mike Mullen, berkata peningkatan bahaya itu berpunca daripada pentadbiran Presiden Donald Trump yang ‘sangat mengganggu’.
“Pada pandangan saya, keadaan amat bahaya ini wujud dengan ketidaktentuan bagaimana ia berakhir. Berada di tempat teratas dalam senarai ialah Korea Utara.
“Kita semakin hampir dengan perang nuklear dengan Korea Utara dan ia tidak pernah disaksikan sebelum ini.
“Saya tidak melihat peluang menyelesaikan perkara ini menerusi cara diplomatik setakat ini,” katanya dalam rancangan ‘This Week’.
TRUMP SUSAH NAK DIKAWAL, TAK DENGAR NASIHAT
Mullen, yang berkhidmat sebagai penasihat tentera kepada Presiden George W Bush dan Barack Obama, mempersoalkan sama ada Trump dapat dikawal Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis, Penasihat Keselamatan Dalam Negeri, H R McMaster atau Ketua Staf Rumah Putih, John Kelly.
“Adakah beliau akan menyusul retoriknya? Atau berada dalam keadaan yang boleh diselesaikan secara aman?
“Saya cenderung menyatakan retorik akan selalu ada dan mengehadkan kemampuan yang dimiliki Mattis, McMaster dan Kelly,” katanya.
Trump memberi amaran dalam ucapan ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, September lalu bahawa AS ‘tidak mempunyai pilihan selain memusnahkan Korea Utara sepenuhnya’ jika terpaksa mempertahankan diri atau sekutunya.
UCAPAN TAHUN BARU KIM JONG UN
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, berkata beliau sentiasa dalam kedudukan yang boleh mencapai butang nuklear, dalam mesej tahun baru hari ini, selepas ketegangan memuncak berhubung program senjatanya.
“Butang nuklear sentiasa di atas meja saya. Ini bukan ugutan tetapi realiti,” kata Kim, mengulangi dakwaan rejim itu ialah negara kuasa nuklear.
Sumber : Berita Harian
The post Korea Utara Hampiri Perang Nuklear. Ini Punca Bekas Panglima Tentera Amerika Jadi CUAK appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : SAYALUVLISLAM
- 7:23 PM
- 0 Comments