Selalunya bila ke Penang ni, Nasi Kandar antara makanan yang paling dicari. Boleh dikatakan Nasi Kandar Penang ni memang terbaik!
Tapi, takkan nak pergi Penang nak makan Nasi Kandar je.
Hah..anda wajib lepak di 5 Cafe ini, jika anda ke Penang.
Apa beza kedai cafe di Penang dengan tempat-tempat lain? Ada bezanya dan yang penting anda kena pergi!
1. 55 CAFÉ
Cafe ini terkenal dengan kopi 3D. Kedai ini masih mengekalkan keadaan asal sejak zaman peperangan lagi. Jangan lupa rasa kopi aromatik mereka, anda akan rasa seperti minum kopi di rumah!
Alamat: 55, Lorong Stewart, 10300, Georgetown, Penang, 10200, Malaysia
2. The Mugshot Café
Kafe ini popular ketika waktu sarapan pagi. Anda mesti cuba sandwich bagel dan yogurt homemade mereka! Itu adalah menu kegemaran orang ramai apabila berkunjung ke kafe ini.
Alamat: 302, Lebuh Chulia, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
3. Secawan N Such On Hutton
Kafe yang berkonsepkan jubin vintaj dan lukisan mural, buatkan anda rasa tak nak balik. Untuk pengemar, anda kena datang ke sini kerana kafe ini memberikan kepuasan citarasa kopi sebenar.
Alamat: 205, Jalan Hutton, 10500, Georgetown, Penang.
4. Ete Café
Jika anda pertama kali datang ke kafe ini, perhatikan betul-betul kerana tiada papan tanda atau signboard kafe. Tarikan utama kafe ini ialah cara membuat kopi, ia di’brew’ separa manual.
Alamat: 25, Lebuh Carnarvon, 10300 Penang, Malaysia
5. MonkeyCup Café
Kafe MonkeyCup ini menyediakan kopi premium peaberry yang dibawa khas dari Thailand. Kafe ini menyediakan menu makanan Thai, berbeza dengan kafe lain yang menyediakan makanan barat.
Alamat: 36C, Jalan Chow Thye, 10350, Georgetown, Penang, Malaysia
-hanasuva
- 11:03 PM
- 0 Comments